Tuesday, May 26, 2009

Oleh kerana Hari Guru pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu, maka kebanyakan daripada sekolah telah mengadakan sambutan perayaan hari guru di peringkat sekolah pada hari Isnin. Begitu jugalah dengan sekolah saya, sambutan telah diadakan pada hari ini, iaitu 18 Mei, 2009. Tema pada tahun ini yang mana sambutan peringkat kebangsaannya telah diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu adalah "Guru Pembina Negara Bangsa". Seperti biasa, pada awal pagi semua pelajar dan guru-guru akan berhimpun di tapak perhimpunan sekolah. Pada tahun ini, kami berkumpul di dewan sekolah sahaja kerana tapak perhimpunan sekolah tidak lagi boleh digunakan buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembinaaan bangunan baru setinggi empat tingkat tamat. Setelah lagu Negaraku, Lagu negeri Pahang dan Lagu Sekolah dinyanyikan oleh murid-murid, pembacaan perutusan telah disempurnakan oleh GPK 1 dan Guru Besar. Setelah itu, guru-guru pula menyanyikan lagu Guru Malaysia dan juga Warisan. Walaupun keadaan padang sedikit lembab akibat hujan di sebelah malamnya, acara sukaneka guru tetap juga dijalankan. Kemudiannya diikuti pula dengan acara persembahan murid untuk guru yang diadakan di Dewan Sekolah. Penutupan majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari, sekali dengan jamuan perpisahan bekas guru besar sekolah ini yang bertukar pada bulan Januari lalu iaitu Encik Khairudin Bin Othman.

Tidak Berakhir Semasa Loceng Berbunyi

Tugas seorang guru bukan setakat berakhir apabila loceng bagi matapelajaran terakhir dibunyikan. Rasa tanggungjawab untuk mendidik tetap ada dalam diri seorang guru tidak kira di mana sahaja beliau berada ataupun bila-bila masa sahaja. Pihak Jabatan Pelajaran, PPD dan juga sekolah sentiasa memikir dan merancang program-program terutamanya program-program bina insan yang dapat membaiki potensi serta memupuk jati diri para pelajar. Oleh itu, pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada 16 Mei, 2009 serentak dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan diadakan, seramai 99 orang murid-murid SK Batu Kapor, Mentakab yang terdiri daripada pengawas-pengawas sekolah, pengawas-pengawas perpustakaan, ketua-ketua serta penolong-penolong ketua kelas telah dipilih untuk menyertai Kursus Kepimpinan yang telah diadakan di Kolej Komuniti Mentakab. Kursus ini adalah anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Badan Pengawas Dan Disiplin SK Batu Kapor. Ceramah-ceramah telah disampaikan oleh beberapa orang pensyarah dari Kolej Komuniti itu sendiri. Aspek yang diberi penekanan adalah aspek kepimpinan itu sendiri. Semoga dengan ceramah, latihan dalam kumpulan ( LDK ) dan pembentangan hasil kerja kumpulan yang dijalankan, sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan dapat membantu murid-murid ni dalam melaksanakan tugas-tugas mereka seperti yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah.













Monday, May 11, 2009

Cable Fibre Optik



Cable Fibre Optic yang di sambung dari makmal komputer ke pusat akses telah di buka oleh En. Zainor dan En. Azul.

Bangunan Tingkat Atas Di Pecahkan



Pada 11 Mei 2009 bahagian atas bangunan lama telah di robohkan oleh kontraktor yang dilantik.

Gotong Royong Sekolah Bersama PIBG








Pada 2 Mei 2009 bersamaan hari sabtu telah diadakan majlis gotong royong anjuran pihak sekolah bersama PIBG untuk mengubah peralatan di bangunan sekolah yang hendak dirobohkan

Thursday, April 30, 2009

Kursus Ladap



Kursus latihan dalam perkhidmatan telah berlangsung pada hari sabtu bersamaan 25 April 2009

Tuesday, April 28, 2009

Application STS


STS adalah support ticketing system yang digunakan untuk membuat log aduan atau masalah sekolah sahaja. Jika terdapat kerosakan pada notebook dan computer sekolah sila login kepada server Terima Kasih.

Cara membuat log aduan:
- Layari
http://app.moe.edu.my

- Login ke
Username : CBA7008
Password : CBA7008

- Klik pada button "Services" >> "Ticketing"



- Masukkan log aduan atau masalah pada perkakasan notebook / computer seperti contoh di bawah

- Setelah selasai membuat aduan anda di minta semak semula dengan tepat sebelum menekan button "Post"

- Log aduan anda telah pon diterima. Sekian Terima kasih