Tuesday, May 26, 2009

Tidak Berakhir Semasa Loceng Berbunyi

Tugas seorang guru bukan setakat berakhir apabila loceng bagi matapelajaran terakhir dibunyikan. Rasa tanggungjawab untuk mendidik tetap ada dalam diri seorang guru tidak kira di mana sahaja beliau berada ataupun bila-bila masa sahaja. Pihak Jabatan Pelajaran, PPD dan juga sekolah sentiasa memikir dan merancang program-program terutamanya program-program bina insan yang dapat membaiki potensi serta memupuk jati diri para pelajar. Oleh itu, pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada 16 Mei, 2009 serentak dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan diadakan, seramai 99 orang murid-murid SK Batu Kapor, Mentakab yang terdiri daripada pengawas-pengawas sekolah, pengawas-pengawas perpustakaan, ketua-ketua serta penolong-penolong ketua kelas telah dipilih untuk menyertai Kursus Kepimpinan yang telah diadakan di Kolej Komuniti Mentakab. Kursus ini adalah anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Badan Pengawas Dan Disiplin SK Batu Kapor. Ceramah-ceramah telah disampaikan oleh beberapa orang pensyarah dari Kolej Komuniti itu sendiri. Aspek yang diberi penekanan adalah aspek kepimpinan itu sendiri. Semoga dengan ceramah, latihan dalam kumpulan ( LDK ) dan pembentangan hasil kerja kumpulan yang dijalankan, sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan dapat membantu murid-murid ni dalam melaksanakan tugas-tugas mereka seperti yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah.













No comments:

Post a Comment